Bayi berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu

Bayi berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaganya di sebuah pusat jagaan berpantang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, bayi itu disahkan meninggal dunia semasa dibawa ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi itu pada pukul 8.24 pagi tadi.

“Mangsa merupakan seorang bayi lelaki berusia 30 hari didapati tidak sedarkan diri selepas diberi susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaganya. Bayi itu kemudian dibawa ke KBMC untuk rawatan sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, suspek yang merupakan jururawat berusia dalam lingkungan 20-an telah ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi.

Katanya, wanita yang masih bujang itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman pagi esok.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN