Bapa maut kemalangan selepas hantar anak daftar ke universiti

Bapa maut kemalangan selepas hantar anak daftar ke universiti

FARHANA Omar menunjukkan gambar Allahyarham bapa mentuanya ketika ditemui pemberita di Unit Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Nahas membabitkan sebuah kereta yang merempuh tembok jambatan di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Tampin, dekat Johol di sini, petang semalam sehingga menyebabkan dua terbunuh, berlaku ketika mangsa yang merupakan dua beranak dalam perjalanan pulang selepas menghantar ahli keluarga mendaftar menyambung pelajaran di Alor Gajah, Melaka.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan itu dikenali sebagai Abu Zaini Ibrahim, 64, dan anak ketiganya, Izni Syafiq, 31 , manakala isterinya yang juga merupakan penumpang dalam kereta itu, Norizan Abd. Samad, 62, dan anak keempat mereka, Izni Syafiqah, 28, mengalami kecederaan parah.

Menantu Allahyarham Abu Zaini, iaitu Farhana Omar, 32, berkata, kedua-dua mentuanya dan adik iparnya telah keluar dari rumah kira-kira pukul 10 pagi ke Alor Gajah, Melaka.

“Mereka bergerak dari rumah sekitar 10 pagi untuk pergi menghantar adik ipar (anak kelima), Izni Alya Natasha, 18,mendaftar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah.

“Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang malah lokasi kemalangan juga tidak jauh dari rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini hari ini.

KEADAAN kemalangan yang mengakibatkan dua beranak maut dalam kejadian di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Tampin, dekat Masjid Jamek Pekan Johol, Kuala Pilah petang semalam.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Gani berkata, berdasarkan siasatan apabila sampai di tempat kejadian, kereta Perodua Axia yang dinaiki empat sekeluarga itu telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tembok jambatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Farhana berkata, ibu mentuanya kiniberada dalam keadaan sedar dan stabil selepas menjalani rawatan akibat gegaran di otak.

“Adik ipar saya pula masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAN dan baharu menjalani pembedahan di bahagian usus, selain doktor menunggu keadaan adik stabil terlebih dahulu untuk rawatan seterusnya iaitu gegaran di otak,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya