Banjir di Kedah belum reda, 459 dipindahkan ke PPS

Banjir di Kedah belum reda, 459 dipindahkan ke PPS

SEORANG penduduk, Ismail Mahmud, 72, menggunakan bot untuk keluar dari kawasan rumahnya yang dinaiki air banjir gelombang kedua setelah dilanda banjir kali pertama minggu lalu di Derang, Pokok Sena, Kedah, semalam. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Banjir yang belum reda di negeri ini menyaksikan Pokok Sena kembali dilanda bencana itu apabila seramai 153 penduduk daripada 48 keluarga terjejas.

Ia berikutan Kampung Bukit dan Kampung Menerong di Mukim Derang dinaiki air semula dengan kesemua mangsa kini ditempatkan di Maahad Tarbiah Islamiyah Derang yang diaktifkan semula sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) di samping Dewan Serbaguna Pokok Sena.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah keseluruhan mangsa di seluruh negeri adalah seramai 459 orang daripada 159 keluarga di tiga daerah terjejas.

Sementara itu, Kubang Pasu turut mencatatkan peningkatan mangsa apabila 259 orang daripada 94 keluarga kini berlindung di dua PPS di daerah itu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan Dewan PPK Lubuk Batu.

Mereka merupakan pendu­duk yang terjejas dari Kampung Nangmah; Kampung Belakang Sekolah Dato Wan Kemara; Kampung Kubang Kayu; Kampung Paya Nongmi dan Kampung Halban.

Mangsa di Padang Terap pula kekal 47 orang daripada 17 keluarga yang tinggal di PPS Masjid Aishah Kampung Tanjung Kanan setelah kediaman mereka di Kampung Tanjung Kanan dinaiki air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya