Banjir: Cucu selamatkan nenek 90 tahun - Utusan Malaysia

Banjir: Cucu selamatkan nenek 90 tahun

MALIAH Madun berada di atas katil ketika air mula masuk ke dapur rumahnya di Kampung Pamah Rawas, Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Seorang warga emas, Maliah Madun, 90, berdepan detik cemas dalam kejadian banjir kilat, namun berjaya diselamatkan oleh cucunya di Kampung Pamah Rawas, Ulu Dong dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam semalam, selain kediaman warga emas itu, empat  rumah lagi dimasuki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam

Maliah berkata, ketika kejadian dia duduk di atas katil ruang dapur untuk menunggu waktu isyak, tetapi tidak menyedari air Sungai Dong mula memasuki rumahnya dari arah dapur secara perlahan-lahan.

“Saya tahu hujan lebat lewat petang semalam, tetapi tidak sangka air sungai begitu cepat melimpah masuk di dapur. Itupun saya tidak perasan air sudah menghampiri di luar rumah kerana keadaan gelap dan hujan renyai.

“Sehingga selepas solat maghrib, saya terdengar jeritan cucu di luar memanggil dan memberitahu air sudah memasuki di ruang dapur rumah ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Maliah, dia diangkat naik ke tingkat atas rumah itu oleh cucunya, Nur Amin Nor Azahar ketika air mula masuk ruang dapur.

“Beberapa barang milik saya yang terletak di lantai dapur basah terkena air, manakala pakaian dan barang dapur dipindahkan ke tempat tinggi dalam rumah oleh cucu dan rakannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya