Banci Pertanian 2024: Orang Asli manfaat teknologi pasarkan produk pertanian

Banci Pertanian 2024: Orang Asli manfaat teknologi pasarkan produk pertanian

MOHD. Uzir Mahidin (dua dari kanan) melihat ikan kelah yang diusahakan oleh Mat Nawi Hussin (kanan) di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan masyarakat Orang Asli sudah mulai berani memanfaatkan penggunaan teknologi dalam memasarkan hasil pertanian.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, dapatan itu diperoleh menerusi Banci Pertanian 2024 yang sedang dilaksanakan oleh agensi berkenaan ketika ini.

Menurutnya, sebelum ini Orang Asli bergantung sepenuhnya kepada pertanian sara diri semata-mata

“Dengan adanya liputan di kebanyakan kawasan pedalaman ini mereka dapat mengakses maklumat yang berkaitan.

“Kita (DOSM) dapati mereka (Orang Asli) mempunyai kecekapan dalam menentukan harga yang sesuai dengan hasil yang diperolehi,” katanya selepas mengadakan lawatan ke kawasan perusahaan ikan kelah di Kampung Lepan Jaya di sini semalam.

Mohd. Uzir memberitahu, DOSM berharap komuniti Orang Asli dapat mengusahakan tanaman secara mampan dalam jangka masa yang panjang. 

Katanya, pihaknya akan meneliti jenis tanaman yang berpotensi untuk memberi pulangan yang lebih tinggi berdasarkan maklumat atau data hasil pelaksanaan bancian kali ini.

“Bayangkan harga pasaran di peringkat mereka jual sebelum ini apabila mereka tidak mengetahui. Tetapi dengan adanya pengalaman dan informasi yang boleh diakses, jadi kita nak usaha titik peluh mereka mendapat pulangan yang sewajarnya.

“Ini pentingnya maklumat dan kefahaman supaya mereka tidak menerima lebih rendah dari apa yang diusahakan. Ini yang sedang diusahakan oleh pelbagai pihak dan kita dapati kebanyakan tempat telah pun ada liputan telekomunikasi dan maklumat sampai kepada kepimpinan masyarakat melalui ketua-ketua kampung” ujarnya.

Mohd. Uzir berkata, setakat ini operasi bancian di seluruh negara berjalan lancar dan mampu diselesaikan pada tarikh yang ditetapkan pada 10 Oktober ini.

Katanya, DOSM merekodkan sebanyak 1.02 juta atau 87.3 peratus tempat kediaman dan 19, 964 atau 85.9 peratus pertubuhan perniagaan telah selesai dilawati sempena Banci Pertanian 2024 di seluruh negara sehingga 21 September.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN