Bakal jadi Duyung, Anna Jobling tak risau soal kostum

Bakal jadi Duyung, Anna Jobling tak risau soal kostum

ANNA JOBLING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon jelita, Anna Jobling, mengakui tidak sabar untuk membawakan watak duyung menerusi filem sekuel Duyung: Legenda Aurora yang bakal menjalani penggambarannya tidak lama lagi.

Menurut Anna, berikutan memahami tugas itu juga memerlukan dia memakai kostum ketat bagi menyerupai seekor duyung, Anna bagaimanapun meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak produksi.

Malah, pelakon ini mengakui sudah mencuba kostum tersebut ketika proses fitting.

“Risau ke tak? Saya rasa produksi tahu mereka nak buat apa. Saya rasa, mereka pun tak nak orang kecam cerita ini. Nanti tak pasal-pasal kena kecam sebab pakaian saya.

“Jadi, saya percaya pada mereka. Kalau saya tak selesa, saya akan beritahu pada produksi juga. Tapi kita pun dah buat fitting semua, Alhamdulillah.

“Kalau ikutkan, saya pakai macam ini (longgar) pun orang akan kritik. Tapi nak buat macam mana,” katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman barisan pelakon filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anna turut mengakui dia berasa gementar untuk membawa watak Aurora yang merupakan anak kepada duyung lakonan Maya Karin.

“Saya memang sangat gementar nak bawa watak duyung, apatah lagi filem ini merupakan sekuel dari filem pertama yang semua orang tengok dan ia popular. Saya pula bawa watak anak kepada Maya Karin, memang sangat besar,” ujarnya.

Selain itu, Anna berkata, dia juga teruja bakal menggunakan kemahiran berenang menerusi filem arahan pengarah Datuk Prof Ts. Dr A. Razak Mohaideen itu.

“Saya memang suka dongeng duyung. Masih saya ingat, sewaktu kecil saya pernah berangan nak jadi duyung. Akhirnya impian saya tercapai. Lagipun dapat juga saya gunakan kemahiran berenang dalam filem ini.

“Saya tak tahu kalau ada yang tahu atau tidak, tapi saya pernah menjadi wakil Selangor untuk sukan renang. Jadi, tak ada masalah untuk saya be­renang atau menyelam dalam filem itu nanti,” katanya.

Selain Anna, barisan pelakon utama iaitu Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil, Aidilia Hilda, A. Shukoor Mohaideen dan ramai lagi pelakon yang akan muncul sebagai penampilan istimewa.

Berdurasi 110 minit bagi keseluruhan filem, ‘Duyung: Legenda Aurora’ akan memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024. Filem ini dijangka menemui penonton pada suku tahun ketiga 2025.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya