Bakal calon dinasihat isi borang awal, buat semakan - Utusan Malaysia

Bakal calon dinasihat isi borang awal, buat semakan

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan bakal calon yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota supaya mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor sebelum hari penamaan calon, Sabtu ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, hari  penamaan calon akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

Bakal-bakal juga perlu membuat pembayaran deposit lebih awal. Resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran.

“Bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik pula hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon.

“Kertas penamaan calon hendaklah diserahkan dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengingatkan bahawa penggunaan semua jenis alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan politik menerusi kenderaan serta larangan menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.

Perkara itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

Katanya, calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen juga tertakluk dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Semua bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, polis dan PBT.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 adalah bekas Ketua Wanita UMNO Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 dengan majoriti 5,166 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya