NAIROBI: Atlet maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei meninggal dunia hari ini, selepas disiram petrol dan dibakar oleh teman lelakinya dalam satu kejadian di Kenya, pada 1 September lalu. Cheptegei, 33, yang bertanding di Olimpik Paris, mengalami kecederaan parah kerana melecur lebih 75 peratus pada tubuh akibat serangan itu, lapor Reuters. Kematian Cheptegei dimaklumkan Presiden Jawatankuasa Olimpik Uganda, Donald Rukare dalam hantaran di X. “Kami menerima berita sedih mengenai pemergian atlet Olimpik, Rebecca Cheptegei selepas serangan kejam oleh teman lelakinya. “Semoga rohnya bersemadi dengan aman dan kami dengan tegas mengecam keganasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya