Atasi segera masalah banjir belenggu penduduk - Coach Haizan - Utusan Malaysia

Atasi segera masalah banjir belenggu penduduk – Coach Haizan

MOHAMAD HAIZAN Jaafar menunjukkan tali air di Kampung Bentong Dalam yang tidak diselenggara dan boleh menyebabkan banjir jika berlaku hujan lebat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Masalah banjir di Kampung Bentong yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang sudah lama membelenggu penduduk harus diatasi segera.

Calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, 61, mendakwa, walaupun ada tindakan daripada kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini, namun usaha itu masih gagal menyelesaikan isu tersebut hingga kini. 

Katanya, antara sebab utama  banjir di kawasan itu adalah berpunca daripada aliran air yang terlalu banyak dari bahagian hulu Sungai Melantai, namun terhalang alirannya apabila bertembung di persimpangan Sungai Mengkibol di bahagian hilir. 

“Aduan rakyat seperti penyelenggaraan parit dan Sungai Melantai tidak diendahkan oleh kerajaan walaupun rakyat menghadapi perkara sama setiap tahun. 

“Jika, saya terpilih perkara ini pasti akan menjadi topik utama perjuangan agar masalah yang dihadapi penduduk di Kampung Bentong Dalam ini dapat diatasi segera,” katanya ditemui selepas meninjau kawasan itu, hari ini.

Ditanya apakah resolusi untuk mengatasi masalah air Sungai Melantai yang akan melimpah setiap kali hujan lebat, Mohamad Haizan menyarankan agar sungai berkenaan dibesarkan atau didalamkan.

“Jangan cakap tak serupa bikin, terutamanya kepimpinan kampung yang ada sekarang dengan tidak mengendahkan aduan dan keresahan penduduk,” katanya yang popular dengan panggilan ‘Coach Haizan’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya