WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merampas sebuah pesawat milik Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kerana didakwa dibeli secara haram dengan harga AS$13 juta (RM56.6 juta) dan diseludup keluar dari negara itu. Menurut jabatan kehakiman AS, pesawat Falcon 900EX dirampas di Republik Dominika dan dipindahkan ke Florida. Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana dan bila pesawat itu tiba di Republik Dominika. Data penjejakan menunjukkan pesawat itu meninggalkan lapangan terbang La Isabela berhampiran ibu negara Santo Domingo semalam, dan tiba di lapangan terbang Fort Lauderdale di Florida tidak lama kemudian. Venezuela mengecam rampasan itu dan menyifatkannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya