APM Kelantan selenggara aset hadapi MTL

APM Kelantan selenggara aset hadapi MTL

MOHD. Adzhar Mujab (empat dari kiri) melihat anggotanya melaksanakan tugas-tugas menyelamat mangsa lemas di laut semasa sesi latihan di Pantai Irama, Bachok, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan mula menyelenggara aset-aset di seluruh daerah sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula Oktober ini.

Pengarahnya Mohd. Adzhar Mujab berkata, pada masa sama semua 920 anggota sudah menjalani latihan persediaan awal bagi memastikan pengurusan bencana berjalan dengan lancar terutama semasa tugas memindah dan menyelamat mangsa banjir.

“APM menyediakan aset kenderaan laut dan darat sebanyak 104 unit seperti 60 bot penyelamat jenis aluminium (ARB), bot fiber, ‘rigid inflatable boat’ (RIB) dan dua bot amfibia.

“Kita juga sediakan pacuan empat roda dan lori besar serta antara tiga hingga empat bot di setiap daerah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Latihan Persediaan MTL di Pantai Irama, di sini, hari ini.

Mohd. Adzhar memberitahu, setakat ini APM Kelantan sudah mengenalpasti kira-kira 600 ‘hotspot’ banjir di mana Pasir Mas dan Rantau Panjang menjadi lokasi tumpuan.

Katanya, pada masa sama APM Kelantan akan bekerjasama dengan semua agensi keselamatan bagi memastikan kerja-kerja menyelamat mangsa berjalan dengan lancar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN