Anggota Malbatt 850-11 selamat dalam `serangan' awam

Anggota Malbatt 850-11 selamat dalam `serangan’ awam di Lubnan

malbatt
Tangkap layar daripaa video tular kejadian dua kenderaan Malbatt yang diserang sekumpulan orang awam di Lubnan,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai dan anggota lain-lain pangkat pasukan pengaman Malbatt 850-11 yang sedang diatur gerak dalam misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) yang terlibat dalam serangan agresif orang awam di Lubnan kelmarin, dilaporkan selamat.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan berkata, kejadian yang berlaku pada Rabu  sekitar pukul 11.32 malam waktu Malaysia atau 5.32 petang waktu Lubnan, ketika dua buah kenderaan dinaiki tiga orang pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah MALBATT 850-11.

Menurutnya, perkara itu setelah selesai melaksanakan penugasan force protection di Kem Shama, Markas UNIFIL.

“Ketika melalui laluan di Tes Road-Burj Al Qibli di bandar Tyre, telah berlaku kesesakan luar biasa. Ketika itu, ramai orang awam sedang mengawal lalu lintas yang  mana terdapat banyak kenderaan ambulan dan bomba yang melalui dari kedua-dua arah.

“Secara tiba-tiba, sekumpulan orang awam bertindak agresif cuba memberhentikan kedua-dua buah kenderaan MALBATT. Hampir 30 orang awam kemudiannya membaling batu serta memancitkan kesemua tayar kenderaan MALBATT menggunakan senjata tajam.

“Bagi mengelak kejadian yang lebih buruk, ketua pergerakan telah mengarahkan kedua-dua kenderaan berhenti di tepi jalan yang selamat dan kekal berada di dalam kenderaan bagi menanti bantuan.

“Lebanon Armed Forces (LAF) telah tiba dilokasi dan seterusnya berjaya mengawal keadaan. Pihak LAF juga telah membantu mengkoordinasikan loader bagi membawa balik kenderaan serta anggota MALBATT ke Kem Marakah,” katanya.

Jelas ATM, kesemua anggota serta kenderaan telah tiba di Kem Marakah dengan selamat  pada pukul 1.39 pagi waktu Malaysia atau 7.39 petang waktu Lubnan.

“Tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota MALBATT terbabit. Bagaimanapun kedua-dua kenderaan telah mengalami beberapa kesan kerosakan.

“MALBATT 850-11 akan meneruskan rutin tugasan seperti mandat yang ditetapkan oleh UNIFIL dan semua pihak diminta agar untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut yang boleh mencemarkan imej ATM khususnya dan Kementerian Pertahanan amnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya