Anak pemimpin tertinggi GISBH direman tujuh hari

Anak pemimpin tertinggi GISBH antara lima individu direman tujuh hari

TIGA kenderaan yang dirampas polis susulan penahanan lima ahli GISBH di sempadan Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan lima termasuk anak kepada pemimpin tertinggi syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap kesemua individu berusia 30 sehingga 41 tahun itu keluarkan oleh Mahkamah Majistret di Shah Alam hari ini, susulan permohonan dibuat oleh polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, mereka direman bagi melengkapkan siasatan yang sedang dilakukan polis terhadap syarikat berkenaan.

“Reman bermula hari ini sehingga 25 September nanti,” katanya.

Terdahulu, anak kepada pemimpin GISBH antara lima individu yang ditahan di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah semalam.

Penahanan terhadap mereka dilakukan selepas Unit Risikan Sempadan Zon Utara berjaya mengesan dua kenderaan mempunyai lambang GISBH di lokasi terbabit kira-kira pukul 6 petang.

Hasil pemerhatian terhadap kenderaan itu mendapati, ia bergerak ke Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.

Pemeriksaan dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah dan berjaya menahan kenderaan itu serta lima lelaki. Hasil penahanan itu, polis merampas beberapa kenderaan digunakan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya