Alif Teega mengaku tidak bersalah guna duit infak

Alif Teega mengaku tidak bersalah guna duit infak

ALIF Teega mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang infak pada April dan Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd. Hazani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang infak pada April dan Jun lalu. 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan Infaq Iftar di Mekah, Syria, Palestin pada 26 April lalu.

Beliau juga didakwa menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM27,558.13 bagi tujuan program Jom! Sertai Infaq Daging Qurban pada 15 Jun lalu.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di KL Gateway, Jalan Kerinchi di sini.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 untuk kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam bela Mohd. Shahrullah Khan yang mewakili Alif memohon jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya mengalami masalah kewangan selepas harta tertuduh   dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“Mohon jumlah jaminan sebanyak RM10,000 kerana tertuduh sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dan SPRM boleh sahkan fakta ini,” kata 

Hakim Azura Alwi membenarkan jaminan sebanyak RM50,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin serta pasport tertuduh perlu disimpan di mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM pada setiap bulan sehingga kes selesai. 

Mahkamah menetapkan 21 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Pada 11 Julai lalu, Alif Teega, 30, dan isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, direman empat hari.

Pasangan suami isteri itu ditahan SPRM susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.

Pasangan itu tular di media sosial selepas terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya