Alif Teega hadir ke mahkamah hadapi pendakwaan

Alif Teega hadir ke mahkamah hadapi pendakwaan

ALIF TEEGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh popular Alif Teega hadir di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Alif atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, tiba pada pukul 9 pagi yang turut ditemani isterinya.

Difahamkan Alif akan berhadapan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Julai lalu, Alif dan isterinya yang juga pempengaruh popular direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut direman ialah dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Perintah reman itu dibuat selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahannya.

Sejurus direman, pasangan itu kemudian membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar penahan reman itu yang dibuat mengikut Seksyen 23 SPRM berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Bagaimanapun Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan pasangan itu apabila mendapati Mahkamah Majistret Putrajaya telah mematuhi peruntukkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Pasangan suami isteri itu turut menegaskan dia dan suami tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya