Aktiviti berkuda meriah, bangkit semangat patriotisme di Pantai Kempadang - Utusan Malaysia

Aktiviti berkuda meriah, bangkit semangat patriotisme di Pantai Kempadang

KELAB Kuda Kempadang berbusana lengkap tradisional Melayu sempena menyambut Hari Malaysia di Pantai Kempadang di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kelab Kuda Kempadang mengambil inisiatif menyemarakkan sambutan Hari Malaysia dengan aktiviti berkuda sambil memperagakan busana tradisional di Pantai Kempadang di sini.

Pengurus Kelab Kuda Kempadang, Muhammad Asyraff Mohammad Johar, 32, berkata, secara tidak langsung ia dapat membangkitkan semangat patriotisme orang ramai yang menyertai aktiviti tersebut.

Menurutnya, paling penting mereka dapat menarik perhatian orang ramai termasuk pengunjung cilik untuk bersama-sama menyambut Hari Malaysia.

“Kami memang menggalakkan orang menunggang kuda kerana ia satu terapi sihat tapi dalam masa sama turut memberi peluang kepada orang ramai yang cuba menunggang sambil membawa bendera Jalur Gemilang.

“Kami akan bagi sokongan dan ikut permintaan orang ramai jika mereka nak mencuba gaya yang macam mana asalkan dapat membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan mereka.

“Kerana itu juga bagi menambahkan kemeriahan aktiviti berkuda, kami semua berbusana Melayu lengkap termasuk bertanjak ketika mengendalikan aktiviti berkuda sempena Hari Malaysia ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Mengulas lanjut, Muhammad Asyraf berkata, kelainan kepada aktiviti berkuda menjadi titik tolak buat kelab berkenaan.

Jelasnya, sasaran mereka adalah bagi menonjolkan identiti rakyat Malaysia sempena hari bersejarah ini.

“Kami berusaha memberikan yang terbaik untuk peminat atau orang ramai yang mencuba aktiviti sihat ini.

“Dengan itu, sejak 2007 lagi kami menggalakkan orang ramai menunggang kuda dan bergambar terutama dengan membawa atau mengibarkan bendera.

“Kuda-kuda kami yang dibawakan ke pantai ini kebanyakannya sudah dilatih dengan bendera… ini kerana ada sesetengah kuda memang takut dengan kibaran bendera,” katanya yang ingin memberikan kenangan manis kepada setiap pengunjung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya