Akta kawalan produk merokok dikuatkuasa bermula Selasa depan - Utusan Malaysia

Akta kawalan produk merokok dikuatkuasa bermula Selasa depan

KASEMANI Embong (dua, kanan) melihat seorang pemilik premis menampal poster 'Dilarang Merokok' pada Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 3/2024 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan dikuatkuasakan bermula Selasa depan.Perkembangan itu dikongsikan Kementerian Kesihatan menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

“Akta ini merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

“Peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan termasuk rokok elektronik,” menurut hantaran itu.

Akta 852 yang diwartakan pada Februari lalu sehingga kini masih belum dikuatkuaskan walaupun pada mulanya diumumkan akan dilaksanakan pada Jun dan kemudiannya ditangguhkan pada Ogos.

Akta 852 dijangka dikuatkuasakan dengan mengenakan syarat lebih ketat terhadap peniaga rokok dan vape termasuk larangan mempamerkan produk tersebut secara terbuka di premis perniagaan.

Difahamkan, akta itu juga menggariskan larangan penjualan rokok dan vape melalui dalam talian ke atas semua platform bagi mengelakkan ia dibeli oleh Orang Belum Dewasa (OBD) iaitu individu berusia di bawah 18 tahun.

Selain itu, produk rokok dan vape juga dilarang dijual melalui mesin vending dan tidak boleh dijual di kawasan institusi pendidikan atau institusi pengajian tinggi (IPT).

Produk rokok dan vape juga dilarang dijual di pasar jualan atau mana-mana pasar jualan bersifat sementara seperti Uptown, Downtown, pasar malam dan sebagainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN