Ahli GISBH dera kanak-kanak di rumah amal dituduh esok - Utusan Malaysia

Ahli GISBH dera kanak-kanak di rumah amal dituduh esok

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki yang juga ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa esok pagi kerana mendera kanak-kanak ketika di bawah jagaan salah sebuah rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pertuduhan akan dibuat terhadap lelaki itu akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor.

“Kita akan tuduh suspek yang dikaitkan dengan video tular mendera kanak-kanak di bawah rumah amal dikaitkan dengab GISBH esok,” katanya di sini.

Sementara itu, satu jemputan media telah dikeluarkan Bukit Aman malam ini.

Pendakwaan berkenaan akan dilakukan di Mahkalh berkenaan pukul 8.45 pagi esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada 16 September lalu, mPolis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera.

Polis juga telah mengesan kanak-kanak lelaki terbabit dalam kalangan mangsa yang berjaya diselamatkan sebelum ini yang dipisahkan dengan bapanya sejak 2021.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didakwa didera itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Dalam rakaman video itu, kanak-kanak lelaki terbabit dilihat mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN