Agrobank buka cawangan di Sungai Koyan, Bukit Pelanduk

Agrobank buka cawangan di Sungai Koyan, Bukit Pelanduk

TENGKU Ahmad Badli Shah Raja Hussin (tengah) menyerahkan replika cek kepada wakil penduduk sempena Kembara Kasih Asnaf Agrobank di Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Agrobank membuka satu cawangan masing-masing di Sungai Koyan, Pahang dan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan memudahkan urusan perbankan penduduk.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Cawangan Sungai Koyan akan beroperasi pada pada Isnin ini manakala Bukit Pelanduk hujung tahun ini.

“Kita (Agrobank) telah diberi mandat oleh Bank Negara untuk memberi akses perbankan lebih baik kepada seluruh masyarakat di negara ini termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Ia melibatkan perkhidmatan seperti mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM),” katanya ketika ditemui pemberita pada program Kembara Kasih Asnaf Agrobank di Pantai Mek Mas, di sini malam tadi.

Agrobank menyumbang wang zakat sebanyak RM15,000 untuk diagihkan kepada seramai 150 golongan asnaf di kawasan tersebut sempena sambutan ulang tahun yang ke-55.

Tengku Ahmad Badli Shah memberitahu, sehingga kini sebanyak 200 cawangan sudah dibuka di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu 50 adalah cawangan kecil iaitu meliputi mikro dan mini.

“Pada nasa sama, Agrobank sudah menyediakan perkhidmatan bank bergerak iaitu masing-masing tiga di Sarawak dan Sabah dan satu di Kelantan.

“Kita juga merancang untuk menambah akses perbankan melalui bank bergerak dan mengikut keperluan semasa dan bergantung kepada masyarakat setempat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN