Agong zahir sempena ulang tahun perkahwinan ke-42 tahun - Utusan Malaysia

Agong zahir sempena ulang tahun perkahwinan ke-42 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang ke-42 tahun, hari ini.

Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kebahagiaan yang dikurniakan hasil perkahwinan selama lebih empat dekad.

“Saya dan Raja Zarith Sofiah telah mengharungi banyak pengalaman pahit dan manis bersama-sama.

“Kami diberkati dengan enam cahaya mata dan enam cucunda yang melengkapkan keluarga kami dan berharap akan bertambah lagi pada masa akan datang,” titah Seri Paduka Baginda.

Perkongsian itu dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook milik Sultan Ibrahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya