'Abang Bas’ pulang ke pangkuan keluarga, berjaya bayar jaminan RM40,000 - Utusan Malaysia

‘Abang Bas’ pulang ke pangkuan keluarga, berjaya bayar jaminan RM40,000

'ABANG Bas' dipeluk oleh ibunya sebaik sahaja dibebaskan selepas berjaya membayar jaminan sebanyak RM40,000 di Kompleks Mahkamah Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: ‘Abang bas’ yang tular  kerana didakwa atas tiga pertuduhan termasuk melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak dibebaskan selepas berjaya melunaskan bayaran jaminan sebanyak RM40,000 di Kompleks Mahkamah Muar, di sini hari ini.

Pemuda berusia 24 tahun itu pulang ke pangkuan keluarganya selepas proses jaminan selesai sepenuhnya pada pukul 11.55 pagi tadi dengan diwakili peguam bela, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md. Yusoff.

Kira-kira 15 ahli keluarga, termasuk ibu dan bapanya berada di pekarangan mahkamah seawal pukul 8.30 pagi bagi membawa pulang tertuduh yang ditahan sejak 6 September lalu.

Pada 10 September lalu, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia empat tahun dan seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun di Mahkamah Sesyen Muar. 

Dia didakwa  di bawah Seksyen 14(a) dan 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 dan 15 akta sama.

Dia juga didakwa di Mahkamah Batu Pahat atas pertuduhan membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan didakwa di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Mahkamah Sesyen Muar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000, manakala Mahkamah Sesyen Batu Pahat menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.

Walau bagaimanapun, sebelum ini tertuduh gagal membayar jumlah jaminan tersebut susulan menghadapi kekangan kewangan sehingga kakaknya menerusi media sosial Facebook menggunakan nama Zarinah melancarkan kutipan derma bagi mengumpul dana berkenaan.

Wang jaminan tersebut berjaya dikumpul dalam tempoh tiga hari sebelum saluran sumbangan itu ditutup oleh Zarinah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya