SRINAGAR: Sembilan juta pengundi di Jammu dan Kashmir akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya peringkat negeri pertama dalam tempoh sedekad, hari ini. Pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat untuk 90 kerusi wilayah itu dalam pilihan raya tiga fasa yang bermula Rabu. Undian akan dikira pada 8 Oktober depan dan keputusan dijangka diumumkan pada hari yang sama. Jammu dan Kashmir adalah satu-satunya wilayah majoriti Islam di India dan menjadi pusat pertikaian dengan negara jiran, Pakistan sejak 1947. India dan Pakistan masing-masing menuntut keseluruhan wilayah Kashmir, namun hanya memerintah sebahagian daripadanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya