5,000 sertai Matrix Malaysia Day Night Half Marathon 2024 - Utusan Malaysia

5,000 sertai Matrix Malaysia Day Night Half Marathon 2024

AMINUDDIN Harun (tengah) bergambar bersama peserta pada acara Matrix Malaysia Day Night Half Marathon 2024 yang dianjurkan Matrix Concepts di Bandar Sri Sendayan, Seremban semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 5,000 orang peserta menyertai acara Matrix Malaysia Day Night Half Marathon 2024 yang dianjurkan syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) di Bandar Sri Sendayan di sini semalam.

Ia diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia dengan pertandingan itu melibatkan tiga kategori iaitu kategori larian lima kilometer, 10 kilometer dan 21.1 kilometer.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang turut hadir berkata, kesatuan rakyat yang kukuh dan harmoni dilihat dapat diwujudkan menerusi penganjuran acara sedemikian.

“Saya yakin acara ini mampu membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif dan selaras dengan Hari Malaysia yang kita sambut. Acara ini adalah bukti kekuatan komuniti setempat dan semangat kebersamaan yang mendefinisikan negara kita. 

“Berikutan itu, saya ingin menyeru agar sambutan Hari Malaysia perlu dijadikan asas untuk memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia,” kata beliau lagi.

Aminuddin turut tidak ketinggalan memeriahkan acara dengan berkesempatan menyertai kategori VIP Night Run satu kilometer.

Yang hadir sama pada acara itu ialah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim, Pengerusi Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin dn Pengasas dan Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock.

AMINUDDIN Harun melepaskan para peserta yang menyertai acara larian Matrix Malaysia Day Night Half Marathon 2024 yang dianjurkan Matrix Concepts di Bandar Sri Sendayan, Seremban semalam.

 Dalam pada itu, Aminuddin berkata, penganjuran acara dengan penyertaan yang besar seumpama ini juga mampu meningkatkan aktiviti pelancongan tempatan dan menjana pendapatan penduduk.

Sementara itu, menurut Mohamad Haslah, pihaknya berbangga apabila dapat menganjurkan acara itu yang merupakan larian separuh maraton malam yang pertama di Negeri Sembilan.

“Ini adalah satu pencapaian besar bagi Bandar Seri Sendayan, yang bukan sahaja menjadi tuan rumah kepada acara ini tetapi juga menjadi contoh sebuah bandar yang menawarkan gaya hidup berkualiti dan inklusif untuk semua.

“Acara ini bukan sekadar larian, tetapi juga sebagai satu platform yang mengukuhkan semangat perpaduan, kepelbagaian, dan inklusiviti. Di Matrix Concepts, kami percaya bahawa perpaduan dan kepelbagaian adalah asas kekuatan komuniti,” katanya.UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya