5 tan karkas babi seludup di rampas

Lima tan babi seludup di rampas

KARKAS babi yang dirampas PGA dalam selepas menahan sebuah lori di Kota Bharu, Kelantan.-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lima tan babi selepas menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki di sekitar bandar ini semalam.

Rampasan bernilai RM204,800 iti dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 9 PGA Kuala Terengganu menerusi Op Taring Chiller Kelantan di sini.

Komandernya Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, sejurus ditahan pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah lori jenis Mitsubishi membawa kepada penemuan 5 tan karkas babi yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai dokumen sah membawa barangan tersebut.

“Hasil soal siasat mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan itu bertindak sebagai penghantar untuk menyeludup karkas tersebut ke pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barang rampasan telah diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Chepa untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya