DHAKA: Kira-kira 10,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dalam tempoh dua minggu lepas, berikutan konflik berterusan antara junta tentera yang memerintah dan kumpulan pemberontak. Sekitar 1.2 juta Rohingya berlindung di Bangladesh sejak Ogos 2017 kerana melarikan diri daripada tindakan keganasan tentera di negeri Rakhine, Myanmar. Majoriti mereka terpaksa tinggal di kem yang sesak di Cox’s Bazar, dengan kira-kira 35,000 orang sudah dipindahkan ke Pulau Bhasan Char sejak akhir 2020. Ketua pegawai kerajaan di tenggara Teknaf, Md Adnan Chowdhury berkata, setakat ini sukar untuk mengenal pasti jumlah sebenar pelarian memandangkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya