RAMALLAH: Sekurang-kurangnya 35 lagi rakyat Palestin ditahan dalam serbuan tentera Israel di Tebing Barat, hari ini. Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Persatuan Tahanan Palestin berkata, seorang wanita adalah antara yang ditangkap dalam serbuan di kebanyakan bandar wilayah itu. “Penangkapan itu disertai dengan pencerobohan rumah dan ancaman terhadap keluarga mereka yang ditahan,” kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan bersama. Penahanan terbaharu ini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang ditahan oleh tentera Israel di Tebing Barat sejak Oktober tahun lalu, melebihi 10,900 orang termasuk yang sudah dibebaskan. Angka itu tidak termasuk mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya