BEIRUT: Kementerian Kesihatan Lubnan mengesahkan sekurang-kurangnya 33 maut dan 195 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di negara itu semalam. Pesawat perang Israel meneruskan serangan udara di pinggir selatan Beirut, menyasarkan Chyah, Borj al-Barajneh dan sebahagian Lylaki serta beberapa bandar di selatan. Menteri Kesihatan, Firas Alabiad berkata, sejak permulaan konflik antara Israel dan Hezbollah pada Oktober tahun lalu, terdapat 1,640 kematian termasuk 104 kanak-kanak dan 194 wanita, manakala 8,408 yang lain cedera. Hezbollah dan Israel terlibat dalam pertempuran rentas sempadan sejak permulaan perang di Gaza, yang sehingga kini mengorbankan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya