32 'mat rempit' dibawa ke surau solat Subuh - Utusan Malaysia

32 ‘mat rempit’ dibawa ke surau solat Subuh

SERAMAI 32 mat rempit ditahan JSPT KL atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Tun Razak, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 32 ‘mat rempit’ dibawa ke surau selepas ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di Jalan Tun Razak, di sini hari ini.

Dalam operasi tersebut, polis menahan remaja berusia antara 15 dan 25 tahun serta membawa pulang 32 orang lagi bagi tujuan dokumentasi atas pelbagai kesalahan.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, mereka bukan sahaja diambil tindakan dibawa balik untuk dokumentasi, malah dibawa ke surau untuk didedahkan dengan program Muhasabah Diri bersama Mat Rempit dengan mendengar tazkirah selepas solat Subuh.

“Selesai dokumentasi, mereka turut didedahkan dengan motivasi, solat Subuh berjemaah dan dilanjutkan dengan tazkirah ringkas di Surau An Nazahah, JSPT Kuala Lumpur.

“Program yang bersifat keagamaan dan ilmiah sebegini diharap memberikan kesedaran kepada pesalah-pesalah mat rempit yang ditahan sekitar Jalan Tun Razak awal pada tadi,” katanya

Menurutnya pengisian program seperti solat Subuh berjemaah dan tazkirah yang memberi fokus ke arah kesedaran tentang keburukan merempit dan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain telah disampaikan oleh Inspektor Zambri dari Unit Penguatkuasa JSPT Kuala Lumpur.

Selain itu katanya, pesalah-pesalah itu juga ditunjuk ajar mengenai ⁠beberapa perkara seperti cara mengambil wuduk, laungan azan serta iqamat dan menyampaikan tazkirah ringkas.

“Kesemua individu tersebut dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee bagi proses dokumentasi. Dalam operasi ini juga sebanyak 157 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada nombor pendaftaran, motosikal diubah suai.

“Ibu bapa juga disarankan lebih prihatin dalam mendidik anak-anak dan menjadikan mereka rakan untuk berkongsi pengalaman dan masalah yang mereka hadapi. Secara tidak langsung dapat mengurangkan fokus mereka terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya