ROME: Sebanyak 27 keping duit syiling perak yang bertarikh antara 94 dan 74 sebelum Masihi ditemukan di pulau terpencil Pantelleria, di wilayah Sicily, Itali baru-baru ini. Pakar arkeologi dari Universiti Tuebingen, Jerman, Thomas Schaefer berkata, penemuan itu dibuat semasa projek pembersihan dan pemulihan di Acropolis. Jelas Schaefer, kawasan itu adalah sebahagian daripada Taman Arkeologi Selinunte, Cave di Cusa dan Pantelleria, yang merupakan satu tapak terbesar purba di Mediterranean. “Lokasi penemuan itu adalah sisa-sisa tapak koloni Yunani purba yang diasaskan pada abad ketujuh sebelum Masihi. “Ia mungkin disembunyikan semasa serangan lanun,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya