PUTRAJAYA: Seramai 122,062 murid Tahun Satu sesi 2024/2025 dipilih bagi mengikuti Program Intervensi (literasi dan numerasi) bermula bulan lalu bagi membantu mereka menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Jumlah murid yang terpilih itu mewakili 27.2 peratus daripada keseluruhan 448,113 murid Tahun Satu di seluruh negara. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, daripada jumlah itu, seramai 62,928 murid dikesan belum menguasai literasi dan numerasi; 45,465 murid belum menguasai literasi manakala 13,669 murid pula belum menguasai numerasi. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan Menurut beliau, saringan dan pengesanan awal murid berkenaan telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya