18 lokasi 'panas' kepala air ada di Kelantan

18 lokasi ‘panas’ kepala air ada di Kelantan

ZAINAL Madasin (kiri) beramah mesra dengan tetamu dengan tetamu yang hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah mengenal pasti 18 lokasi panas di negeri ini yang berisiko berlakunya kepala air sekiranya hujan lebat.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, lokasi itu melibatkan kawasan rekreasi dan air terjun di jajahan Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Machang dan Gua Musang.

“Di Pasir Puteh kawasan yang berisiko kepala air ialah Jeram Pasu dan Jeram Mengaji, Kuala Krai ( Lata Rek, Lata Berangin, Sungai Durian, Air Terjun Istana Sangkut, Lata Chenulang,Lata Y , Lata Kertas dan Air Terjun Jelawang,Dabong) dan Tanah Merah (Lata Hujan dan Lata Bijih)

“Jeli pula di Lata Janggut, Lata Keding, Lata Turbo dan Lata Kashmir, Machang (Air Terjun Bukit Bakar dan Jeram Linang) dan Gua Musang (Jeram Pelangi, Renok)” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Ibu Pejabat JBPM Kelantan Tunjong, di sini hari ini.

Zainal memberitahu, sebagai langkah persediaan, JBPM Kelantan sudah menjalankan rondaan berkala di kawasan-kawasan berisiko yang menjadi tumpuan terutama pada musim cuti umum.

Katanya, pada masa JBPM telah mempersiapkan anggotanya dengan latihan penyelamatan arus deras kepada anggota penyelamat atau dikenali Swiff Water Rescue.

Zainal berkata, pihaknya telah mengenalpasti lapan kawasan panas berisiko berlaku tanah runtuh di negeri ini.

“Antara kawasan terbabit adalah di Gua Musang iaitu di Jalan Kuala Betis-Lojing, Jalan Gua Musang-Lojing serta sekitar Lojing manakala di Jeli adalah di Lebuhraya Timur Barat Jeli-Grik dan Batu 18, Jalan Timur Barat.

“Manakala di Kuala Krai pula adalah di sekitar Lata Rek, kawasan Gunung Stong dan Kampung Chuchuh Puteri,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN