SEOUL: Seorang lelaki Korea Selatan ditangkap selepas mengaku membunuh teman wanitanya 16 tahun lalu dan menyembunyikan mayat mangsa di bawah lapisan simen balkoni. Menurut Polis Wilayah Gyeongnam, suspek yang kini berusia 50-an didakwa membunuh mangsa pada Oktober 2008 kerana pertengkaran. Polis berkata, suspek memukul mangsa dengan objek tumpul hingga mati dan meletakkan mayatnya dalam beg besar. Suspek kemudiannya menyembunyikan mayat itu di balkoni dengan menyusun bata dan meletakkan lapisan simen setebal 10 sentimeter di atasnya. Mangsa dilaporkan hilang tiga tahun kemudian kerana gagal dihubungi keluarganya. Semasa siasatan orang hilang pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya