13 kanak-kanak di rumah amal di bawah GISB dakwa diliwat - Utusan Malaysia

13 kanak-kanak di rumah amal di bawah GISB dakwa diliwat

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasil saringan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 13 kanak-kanak yang menghuni rumah amal di bawah GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISB) dipercayai mangsa diliwat.

Daripada jumlah itu, sebanyak empat kanak-kanak dikesan menjadi mangsa liwat melalui hasil  siasatan fasa pertama dilakukan PDRM sejak 2011.

Sembilan penghuni lagi dikenal pasti ketika saringan dilakukan PDRM dalam operasi fasa kedua bermula 11 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua kanak-kanak itu dikesan membabitkan penghuni rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.

Kata beliau, rentetan itu, sebanyak empat lelaki telah di tahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Manakala, seorang lagi lelaki di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan seorang wanita di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Seorang wanita telah kita tuduh semalam dan selebihnya masih dalam tindakan.

“Hasil temu bual yang dilakukan, kanak-kanak ini dipercayai mangsa liwat,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN