12 tukun tiruan tingkat stok ikan Pulau Dodol

12 tukun tiruan tingkat stok ikan Pulau Dodol

TUKUN tiruan dilabuhkan di perairan Pulau Dodol, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Sebanyak 12 tukun tiruan (konservasi) yang dilabuhkan di perairan Pulau Dodol di Taman Laut Melaka di sini akan memulihara tempat pembiakan dan habitat serta menambah populasi ikan di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, tukun bernilai RM374,510 juga memastikan pertambahan stok sumber perikanan berada pada ekosistemnya.

Menurutnya, sejak 2008 sehingga kini, sebanyak 78 tukun tiruan telah dilabuhkan di kawasan perairan Pulau Besar dan Taman Laut Melaka dengan nilai berjumlah RM1.5 juta.

“Kita labuhkan tukun tiruan ini bertujuan untuk menjaga taman laut kerana mempunyai batu karang yang sangat cantik serta spesies ikan yang jarang-jarang ditemui. Tukun ini akan dapat memulihara habitat ikan dan memastikan peningkatan sumber perikanan.

“Sebelum ini tukun yang telah dilabuhkan mendatangkan hasil ikan yang besar dan penjagaan batu karang,” katanya ketika ditemui pada Program Melabuhkan Tukun Tiruan di perairan Pulau Dodol, hari ini.

Tambah Muhamad Akmal, kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan akan melabuhkan unjam di luar kawasan Taman Laut Melaka November ini.

Jelasnya, peruntukan bernilai RM300,000 telah diluluskan bertujuan meningkatkan sumber perikanan kepada nelayan setempat, selepas mereka dilarang menangkap ikan di kawasan diwartakan.

“Kita tidak lepas tangan insya-Allah November nanti kita mendapat bajet daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk melabuhkan unjam di luar kawasan taman laut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya