1,019 butiran warisan telah diwartakan di seluruh negara Utusan Malaysia

1,019 butiran warisan telah diwartakan di seluruh negara

MOHAMAD Muda Bahadin ketika ditemui Utusan Malaysia di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 1,019 butiran warisan telah diwartakan di seluruh negara sehingga ke tahun ini di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). 

Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin berkata, daripada keseluruhan jumlah berkenaan, 715 daripanya telah diwartakan sebagai butiran warisan kebangsaan yang melibatkan lima kategori iaitu bangunan atau tapak, objek ketara, tidak ketara dan juga orang hidup.

“Permohonan untuk diwartakan sebagai warisan negara sentiasa pihak kami terima dan ada juga yang sedang dalam proses dan jumlah berkenaan pasti akan bertambah.

“Pewartaan ini akan sentiasa berjalan dan pihak kami akan melihat mana-mana elemen atau butiran yang ada signifikan dengan warisan kami akan bawa pencalonan kepada jawatankuasa pakar yang akan menilai permohonan-permohonan tersebut.

“Banyak manfaatnya apabila sesuatu itu diangkat dan diiktiraf sebagai warisan, contohnya pemilik bangunan warisan boleh memohon sumber kewangan malah sekiranya ia signifikan ke peringkat antarabangsa, kita boleh mencalonkannya sebagai warisan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Bengkel Busana Tradisional Negeri Sembilan 2024 di sini hari ini yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Adat Istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd. Faizal Ramli.

Sementara itu, Mohamad Muda berkata, setakat ini sebanyak 27 butiran warisan di seluruh Negeri Sembilan yang terdiri daripada 14 bangunan dan tapak dan 13 butiran kebudayaan kategori objek ketara dan objek warisan tidak ketara telah diwartakan mengikut akta berkenaan,

Jelas beliau, antara butiran warisan itu adalah Istana Lama Seri Menanti (Bangunan), Kota Lukut (Tapak), Teromba (Bahasa dan Persuratan), Tarian Piring (Seni Persembahan) dan Tikar Rompok (Objek Ketara).

“Jabatan Warisan Negara akan komited bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri melalui rakan strategik Lembaga Muzium Negeri Sembilan bagi menerokai lebih banyak lagi butiran warisan yang berpotensi untuk diangkat dan diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645),” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya