Enam negara berentap rebut Piala Sultan Johor - Utusan Malaysia

Enam negara berentap rebut Piala Sultan Johor

MOHD. HAIRI Mad Shah (atas,tengah) dan Subahan Kamal bergambar bersama-sama rakan penaja SOJC edisi ke-12 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Enam negara bakal berentap dalam kejohanan hoki antarabangsa bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 membuka tirainya di Stadium Hoki Taman Daya, di sini pada 19 hingga 26 Oktober depan.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, SOJC  edisi ke-12 ini disertai Malaysia yang akan berdepan saingan pasukan Australia, Great Britain, India, Jepun dan New Zealand.

Beliau berkata, kejohanan tersebut akan menjadi platform terbaik bagi pasukan  kebangsaan mempersiapkan diri membawa cabaran ke Piala Remaja Asia di Oman pada November ini.

“Piala Remaja Asia ini juga merupakan kelayakan pasukan kita untuk ke Piala Dunia Remaja yang akan diadakan di India tahun depan.

“Sudah pasti pasukan akan bermain bermati-matian, tetapi apa yang paling penting adalah mereka mempersiapkan diri dan mengambil pengalaman serta pelajaran untuk kelayakan Piala Dunia tahun depan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Penajaan Pertandingan Hoki Piala Sultan Johor Ke-12 di Puteri Harbour, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah dan Presiden Persatuan Hoki Johor (JHA), Datuk Majid Manjit Abdullah.

Sementara itu, Majid Manjit berkata, kejohanan kali ini hanya membabitkan enam negara yang menyaksikan juara bertahan, Jerman tidak menyertai kejuaraan kali ini.

“Kita ada menjemput Jerman bagi memperlahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu  tetapi mereka ada kejohanan lain yang perlu disertai,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Hairi mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan lagi kejohanan berprestij itu yang dilihat penting bagi pembangunan sukan tersebut.

Kejohanan itu juga dijangka akan dimeriahkan dengan kehadiran golongan pelajar sebagai usaha memupuk minat mereka dalam sukan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya