100 penghuni Pusat Jagaan Nur Ehsan mohon bantuan

100 penghuni Pusat Jagaan Nur Ehsan mohon bantuan

MAS IMRAN Adam (kiri) menyampaikan lampin pakai buang kepada Mohamad Saifullah Zolkanain di Pusat Jagaan Nur Ehsan di Jalan Denai 1, Kempas Baru, Johor Bahru semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas Baru, di sini memerlukan bantuan orang ramai bagi membolehkan 100 penghuninya hidup dengan selesa.

Pengurusnya, Norijah Bidin berkata, ketika ini mereka menjaga 100 penghuni di Jalan Denai 1 dan Denai 2 Kempas Baru.

“Seramai 40 penghuni di pusat jagaan itu berkerusi roda dan bergantung dengan bantuan individu lain untuk bergerak.

“Selain itu, kami menjaga tiga warga emas yang terlantar atas faktor usia. Hanya segelintir penghuni kami berwaris, manakala bakinya tiada keluarga dan tidak dapat menyumbang yuran bulanan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menerima bantuan disampaikan

Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam.
Menurutnya, ketika ini kos operasi menggunakan wang sumbangan waris dan bantuan orang ramai, namun jumlah diterima tidak mencukupi, termasuk untuk membayar gaji dan perbelanjaan lain seperti membayar utiliti.

Antara keperluan utama pusat itu ialah lampin pakai buang, susu serta barangan dapur.
Menurutnya, sumbangan lampin pakai buang akan digunakan sebaik mungkin bagi menampung keperluan penghuni pusat jagaan berkenaan.

Sementara itu, Mas Imran berharap sumbangan itu dapat meringankan beban pusat jagaan itu.

“Kami menyalurkan sumbangan berbentuk lampin pakai buang dewasa bernilai RM2,000.
“Insya-Allah kami akan memberikan sumbangan lain pada masa akan datang,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada Pegawai Operasi Pusat Jagaan Nur Ehsan, Mohamad Saifullah Zolkanain.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor bernombor 501132158862. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya