100 penduduk berarak 2 km sambut Maulidur Rasul

100 penduduk berarak 2 km sambut Maulidur Rasul

DR. Hafidzah Mustakim (tengah) bersama komuniti madani pada sambutan Maulidur Rasul dl Taman Hijau, Kota Bharu hari, Kelantan-UTUSAN / ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 100 penduduk dari tiga buah kawasan Komuniti Madani di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama berarak sejauh 2 kilometer sempena sambutan Maulidur Rasul di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim berkata, perarakan yang diseratai oleh penduduk Kota Lama, Kebun Sultan dan Kubur Kuda bermula di Taman Hijau di sini.

Menurutnya, selain itu, program itu turut melibatkan Gerak Nita, Alumni 4B, Wanita Prihatin.

“Program pada tahun ini bertemakan Al-Falah sebagai menzahirkan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengikuti ajarannya.

“Semua peserta memakai pakaian warga putih yang menandakan kesucian hati dan sayang kepada Allah SAW,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Hijau di sini hari ini.

Hafidzah memberitahu, perarakan itu turut diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia dengan pengisian Program Bicara Cinta Rasul bertajuk Inspirasi Usahawan dan Watan di Bangunan UMNO di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya