Zoo Johor buka program haiwan angkat - Utusan Malaysia

Zoo Johor buka program haiwan angkat

Datuk Mohd Jafni Md. Shukor berswafoto bersama pengunjung yang masuk ke Zoo Johor sempena pembukaan dan cuti umum di Zoo Johor , Johor Bahru di sini hari ini. UTUSAN/ Baazlan Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mengalu-alukan penglibatan masyarakat pelbagai lapisan untuk menyertai program haiwan angkat Zoo Johor bagi membantu pembiayaan kos bekalan makanan haiwan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, langkah tersebut bertujuan menjaga kebajikan haiwan-haiwan yang ditempatkan di zoo berkenaan.

Menurut beliau, syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan digalakkan untuk turut serta dalam program yang telah bermula beberapa bulan lalu.

“Gerak kerja program ini telah bermula dan ada beberapa agensi kerajaan negeri, persekutuan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berminat menjadi keluarga angkat kepada haiwan-haiwan di zoo ini.

“Kempen ini penting kerana makanan haiwan di zoo agak mahal. Contohnya, untuk gajah kita belanja RM250,000 setahun untuk makanan sahaja,” katanya kepada ditemui selepas meninjau pembukaan semula Zoo Johor, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Jafni turut memberitahu, kerja-kerja naik taraf bagi fasa kedua Zoo Johor dijangka akan mula dilaksanakan awal tahun depan.

“Fasa kedua melibatkan penambahan tempat parkir, kiosk jualan tiket selain penambahan beberapa lagi koleksi haiwan. Bermula hari ini kita akan kenalpasti perkara yang perlu ditambah baik.

“Kita akan buat yang terbaik. Setakat ini kita telah sediakan tempat parkir untuk empat buah selain 500 petak kenderaan melibatkan kereta dan motosikal,” jelasnya lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN