Zainani bakal calon UMNO di Mahkota?

Zainani bakal calon UMNO di Mahkota?

Zainani Jamaluddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Walaupun masih belum terungkai siapa calon UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September nanti, namun yang rancak disebut-sebut adalah Zainani Jamaluddin, 47.

Zainani yang kini memegang jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang adalah nama yang tidak asing apatah lagi de­ngan penglibatan beliau sebagai ahli parti sejak berusia 24 tahun pada 2002.

Sepanjang tempoh itu, Zainani yang juga Pengurus Eksekutif Yayasan Perbandaran Kluang pernah menjawat jawatan Ketua Pu­teri UMNO bahagian selama lima tahun dari 2009 hingga 2013 sebelum menjadi Naib Ketua Wanita UMNO bahagian pada 2023.

Pemilihan beliau sebagai calon seakan tidak boleh disangkal ke­rana merupakan antara individu yang mempunyai kriteria berkebolehan untuk diketengahkan.

Selain tergolong dalam golo­ngan muda, beliau turut berke­terampilan menerajui kekosongan kerusi DUN Mahkota dan secara amnya sudah mempunyai pengikut tersendiri.

Dengan memiliki sarjana pentadbiran perniagaan (MBA), beliau merupakan individu paling layak menggalas tugas yang ditinggalkan penyandangnya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Allahyarhamah Sha­rifah Azizah yang juga calon mewakili BN memenangi kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman yang memperoleh 11,445 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Nor Lingan pula me­raih 7,614 undi manakala calon

Parti Warisan, Mohamed Noor Suleiman mendapat 555 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN