GUA MUSANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak Tan Sri Annuar Musa untuk sama-sama berkempen menggunakan helikopter di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Ahmad Zahid berkata, helikopter yang digunakan sepanjang tempoh berkempen bukan milik kerajaan. “Kementerian tidak bayar perkhidmatan itu (helikopter). Kalau dia (Annuar) nak pakai saya tiada halangan. “Sebab LV (beg jenama Lious Vutton) pun dia pakai, helikopter pun dia boleh pakai,” katanya selepas diminta mengulas tindakan Annuar yang mempertikai BN menggunakan helikopter untuk berkempen. Terdahulu, beliau turun beramah mesra…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya