WHO lancar pelan strategik henti penularan Mpox

WHO lancar pelan strategik henti penularan Mpox

WHO mengisytiharkan wabak di Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan selepas varian baharu dikenal pasti.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam melancarkan Pelan Strategik Kesiapsiagaan dan Tindakan bagi menghentikan penularan virus Mpox di Afrika Tengah.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan berkata, bagi menghentikan penyebaran Mpox, pelan berkenaan memerlukan peruntukan sejumlah AS$135 juta.

WHO memaklumkan, buat masa ini hanya sebanyak AS$1.5 juta (RM6.53 juta) disediakan dalam pelan berkenaan manakala yang selebihnya memerlukan sumbangan daripada komuniti dunia.

“Penyebaran Mpox di Congo dan negara-negara jiran boleh dihentikan dan dikawal. Namun ia memerlukan usaha menyeluruh dan pelan tindakan.

“Pelan ini memerlukan sumbangan dari seluruh dunia termasuk pihak berkuasa kesihatan Kesatuan Afrika,” kata beliau sebagaimana laporan agensi berita Channel News Asia.

Pelan Strategik Kesiapsiagaan dan Tindakan akan dilaksanakan bermula September ini sehingga Februari tahun depan.

Awal bulan ini, WHO mengumumkan Mpox sebagai ancaman kesihatan global berikutan penyebaran virus terbabit di seluruh Afrika.

Dikenali sebagai cacar monyet, mpox boleh mengakibatkan demam, sakit otot, bintik berair serta mengakibatkan kematian.

Lebih 100,000 kes dilaporkan di Afrika sejak ia dikesan pada 2022 dan Congo menjadi negara paling teruk terjejas dengan 575 kematian.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN