SUBANG JAYA: Seorang lelaki warga asing yang mendalangi 45 kes samun bersenjata sejak 2018 membabitkan kerugian RM8 juta maut ditembak polis. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.59 petang itu, suspek yang memandu sebuah kereta jenis Hyundai Matrix ditembak mati oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Pengarah Jabatan JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, sebelum insiden berbalas tembakan, suspek berjaya dikesan oleh polis sebelum mengarahkannya berhenti. Namun, suspek enggan dan bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis. “Suspek yang bersenjatakan pistol jenis Revolver melepaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya