Wanita tertimbus 10 meter dalam mendapan tanah

Wanita tertimbus 10 meter dalam mendapan tanah

Seorang wanita warga India tertimbus selepas terjatuh dalam lubang yang terbentuk akibat tanah mendap di Jalan Masjid India, ibu negarahari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga asing disyaki tertimbus bawah tanah mendap dengan kedalaman kira-kira  10 meter berdekatan Masjid India, di sini, pagi ini. 

Menurut sumber, wanita yang dipercayai pelancong dari India itu terjatuh ketika berjalan kaki di kawasan terbabit sekitar pukul 8 pagi tadi. 

Tinjauan di lokasi mendapati anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) giat menjalankan kerja-kerja menyelamatkan mangsa. 

Difahamkan hari ini adalah  hari terakhir mangsa dan keluarganya bercuti di ibu negara sebelum berangkat ke negara asalnya. 

Turut hadir ke lokasi, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt. Nuzulan Mohd. Din. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN