MARAN: Seorang suri rumah dari Felda Anggerik Jengka 1 di sini bukan hanya runsing dirinya tidak lagi mampu membantu suami mengutip buah sawit relai tetapi juga dari mana mahu mendapatkan RM3,000 sebulan untuk merawat kanser payudara dihidapinya. Mazni Yusof, 40, tidak menyangka disahkan menghidap kanser pada Mei tahun lalu apabila doktor di Hospital Jengka di sini mengesahkan penyakitnya sudah mencapai tahap tiga. “Kesibukan menguruskan dua anak ke sekolah serta membantu suami Zamzam Mahat, 42, sebagai pekerja ladang sawit milik keluarga menjadikan saya terlupa tentang kesan awal kanser,” katanya ketika ditemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya