KANGAR: Kuala Perlis suatu ketika dahulu sememangnya sinonim dengan perahu panjang yang menjadi salah satu medium pengangkutan komuniti nelayan di kawasan berkenaan. Peredaran masa, perahu panjang tersebut semakin dilupakan apabila kebanyakan nelayan khususnya cenderung memilih menggunakan bot fiber yang lebih menjamin ketahanannya. Namun, bagi Wahab Abdullah, 63, dari Kampung Pulau Ketam di sini, selagi hayat dikandung badan, dia akan terus mempertahankan tradisi membina bot atau perahu panjang berkenaan agar tidak pupus ditelan zaman. Katanya, sejak remaja, dia mula mempelajari selok-belok mengenai ilmu membaik-pulih bot kayu serta kerja-kerja membina bot panjang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya