Wabak campak menular di selatan Vietnam

Wabak campak menular di selatan Vietnam

HO Chi Minh City merekodkan 353 kes campak sejak awal tahun hingga minggu lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Bandar raya Ho Chi Minh City di selatan Vietnam mengisytiharkan wabak campak selepas tiga kematian direkod dan kenaikan kes jangkitan.

Agensi Berita Vietnam hari ini melaporkan, kerajaan akan melancarkan kempen melengkapkan vaksinasi campak bagi semua kanak-kanak tempatan berusia satu hingga lima tahun tanpa mengira rekod vaksinasi sebelum ini.

Malah VnExpress memaklumkan, umur vaksinasi mungkin akan diperluas bergantung kepada perkembangan wabak.

Selain itu, kemudahan perubatan seperti hospital dan klinik akan menyediakan kawasan pemeriksaan khusus untuk saringan wabak campak.

Semua kes demam ruam yang disyaki campak juga akan diuji dalam tempoh 24 jam.

Sejak awal tahun ini hingga minggu lalu, Ho Chi Minh City telah merekodkan 353 kes campak berbanding hanya satu kes antara 2021 hingga tahun lalu.

Pusat Pengawalan Penyakit di bandar raya ini mendedahkan, sejumlah 85 kes demam disertai ruam dilaporkan minggu lalu dengan 20 kes disahkan sebagai campak.

Penyakit pernafasan yang mudah berjangkit itu boleh merebak dengan cepat selepas tempoh inkubasi antara tujuh hingga 21 hari.

Para pakar perubatan memberi amaran, penyakit tersebut boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk radang paru-paru, ensefalitis, otitis media, keratitis, cirit-birit dan kematian.

Campak hanya boleh diurus dengan berkesan apabila kadar imuniti komuniti mencapai 95 peratus dan setiap individu telah menerima dua dos vaksin.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya