UTM hargai staf cemerlang - Utusan Malaysia

UTM hargai staf cemerlang

SHARIFAH RAFIDAH Wan Alwi, (kiri), Naomie Salim, Faizuan Abdullah dan Norah Md Noor menunjukkan anugerah yang dimenangi masing-masing pada Majlis Anugerah Khidmat Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2024 di UTM Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelbagai ciptaan dan inovasi yang dihasilkan seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini melayakkannya menerima Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan sempena Majlis Citra Karisma 2024, di sini.

Menurut Dr. Faizuan Abdullah dari Fakulti Sains UTM, antara inovasi yang dihasilkannya termasuk Molluscure, iaitu teknologi untuk menyingkirkan logam toksik daripada spesies moluska seperti kerang, kupang dan tiram bagi menepati piawaian kandungan  yang dibenarkan oleh piawaian tempatan dan antarabangsa.

“Inovasi ini telah pun mendapat pensijilan MySTI daripada Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) dan dikomersialkan pertama kali pada 2017 kepada Kerajaan Negeri Johor menerusi pemasangan teknologi Molluscure® berskala satu tan metrik bagi rawatan kerang-kerangan di Pangkalan Nelayan Ayer Baloi, Pontian,” katanya selepas majlis penyampian anugerah di Dewan Sultan Iskandar UTM  di sini.

Sementara itu, Pengarah UTM Big Data Centre, Prof. Dr. Naomie Salim dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik yang merupakan satu daripada dua anugerah utama pada majlis berkenaan.

Beliau diiktiraf atas sumbangannya dalam dunia akademik dan penyelidikan, termasuk penerbitan yang melibatkan 448 kertas kerja ilmiah dan penyeliaan 50 penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Teknikal Dasar Perkongsian Data Negara dan Ketua Perunding Blueprint Universiti Berpacukan Data UTM telah menghasilkan algoritma penting yang menjadi asas bagi perisian seperti UTMChemical Workbench dan Oricheck. 

Inovasi beliau, termasuk enjin sentimen media sosial digunakan oleh Jabatan Digital Negara untuk pelaksanaan Dasar Raya Sektor Awam.

Pelbagai anugerah lain yang disampaikan pada majlis sama adalah Anugerah Pengajaran, Anugerah Pengantarabangsaan, Anugerah Sukan (Kategori Sukan Para) dan Anugerah Pentadbir Harapan.

Acara berprestij itu diadakan setiap tahun bagi menghargai kakitangan UTM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bukan sahaja dalam tugas hakiki, malah dalam pelbagai bidang.

Semua anugerah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN