UMNO bukan parti pelengkap, perlu kembali jadi dominan

UMNO bukan parti pelengkap, perlu kembali jadi dominan – Dr. Akmal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO perlu kembali menjadi dominan dalam landskap politik tanah air seperti di era kegemilangannya sebagai parti Melayu terbesar negara.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, Pemuda tidak mahu UMNO terus selesa sebagai pelengkap dalam Kerajaan Perpaduan.

Kata beliau, bagi mencapai hasrat tersebut, Pemuda UMNO memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk merangka strategik terbaik.

“Kita kena pastikan UMNO kembali meningkatkan jumlah kerusi dan meraih dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Angka 26 ini perlu dipertingkat kepada dua pertiga di Dewan Rakyat, baru level UMNO. Pemuda UMNO beri kepercayaan sepenuhnya (kepada Presiden) untuk meningkatkan 26 itu kepada dua pertiga Dewan Rakyat.

“UMNO ini bukan parti pelengkap dan kita akan berusaha capai tahap UMNO untuk kembali menjadi dominan. Itu janji Pemuda,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (PWC), hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN