UMNO beri amaran henti kerjasama politik jika ada pihak gugat Islam, Melayu - Utusan Malaysia

UMNO beri amaran henti kerjasama politik jika ada pihak gugat Islam, Melayu

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) tiba di Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO memberi amaran bahawa parti itu tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang bentuk kerjasama politik sekiranya ada pihak cuba mewujudkan sebarang elemen yang menggugat martabat Islam dan agend orang Melayu

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa perkongsian kuasa merupakan tunjang dalam membentuk negara yang aman dan stabil.

Tegasnya, perkongsian kuasa yang terjalin ini menjadikan kedudukan Islam dan orang Melayu terpelihara tanpa perlu meminggirkan hak dan suara kaum-kaum lain.

“Penyatuan yang dibawa inilah menjadi tunjang kepada keamanan, kestabilan dan keharmonian negara.

“UMNO tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang kerjasama sekiranya wujud elemen (gugat Islam dan Melayu) tersebut,” katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN